serius ke nak pergi korea?

lepas dapat result final year,start plan untuk post graduation trip,,nak pergi germany,spain,kononnya,,
tapi kita merancang,Allah merancang,maka tak jadi lah trip tu,,frust sebenarnyaa,,
kebetulan,,air asia tengah promo tiket yang tak berapa nak promo,,
usha usha la tiket pergi seoul,,okay boleh tahan,,ajak kawan sekolah,dorang on,
terus seminggu lepas tu book tiket ke seoul,,

macam tu je book tiket,macam mimpi pun ada,serius la mira nak pi korea,,
nak sedapkan hati "tak pe ni nak tebus post graduation trip ke europe yang tak kesampaian T.T"

tiket flight : rm750 something.tapi include bag jadi RM979 (tak berapa murah pun)
tapi excited sebab autumn! first time trip musim luruh,maklumlah mesir tak da musim luruh sobs...

-------------------------------------------------------------------------------
flight pukul 7 pagi,,pukul 4 dah pacak dekat klia2,,
dalam 3.30 sampai airport incheon,,
dekat imigresen tak lama sangat pun,,okay la,lebih kurang mcm jepun,,amik cap jari,amik gambar,,

dalam hati "omo omo omo chongmal dah sampai koreaaaaa" kihkih
first thing cari surauuu,,tapi tak jumpa2,,tanya kaunter info,,dia cakap surau ada dekat gate departure je,,so okay,takpe lah kitaorang sembahyang tepi penjuru je..

lepas tu beli kad Tmoney dekat CU convenience store ,,dalam 4000won.
kad comel LINE punya cartoon,,
then dari level 1 departure tu,amik lift,turun ke B,,
jalan sikit,,nampak mesin untuk top up T money,jangan risau ada english,,
top up 10000 won je dulu,,
SUMBER:GOOGLE

tepi je mesin top up t money tu,ada entrance untuk naik arex train,,
ada dua entrance,,satu warna biru,,AREX all stop,,dia akan stop dalam 12 station mcm tuu..
satu lagi warna oren,,AREX EXPRESS..terus direct ke seoul station,,
yang all stop murah sikit : 4150 won
yang express : 8000 won tak silap...

train arex ni selesa..ada tempat letak luggage lagi,,
kami ke itaewon,sampai2 hostel dah malam,,jalan kat itaewon ni mostly berbukit bukit
kalau bawak luggage,agak uji kesabaran,,tapi nasib hostel kami tak kena daki bukit sangat..

lepas check in,laparr,,,pi makan,,,SULTAN HALAL KEBAB.
beli kebab je dah  6500,,convert :24 ringgit 
sedap ke? tak sangat,sebab ayam dia kerasss,,maybe sebab dapat yang dah sejuk kot



bab makan dekat korea ni,,memang mahal sikit,tepulang pada masing2,,nak makan luar atau nak
bawak bekal banyak2 dari malaysia

dah habis makan,masuk convenience store,fekza beli banana uyu (susu)
harga 1300 won,,bila minumm,okay biasa je,
dia sedap,tapi takdela sedap yang wow,,sedap lagi susu pisang juhayna mesir,sorry banana uyu,
tapi honey dew sedap! honey dew uyu ftw ! :D

9 komen:

Farah said... [Reply]

Tak sabar nak baca pasal trip Korea awak. Please upload gambar Haneul Park banyak-banyak! TQ :D

By the way, tahu tak sebenarnya boleh je topup terus T-Money Card dekat CU tu masa beli?

Raydah said... [Reply]

usually unplanned trip is the best. damn i miss koreaaaaa

amira faqihah said... [Reply]

@farah : tau,tapi tak topup terus sbb line org tunggu pjg,takut melambatkan org lain uhuhu T.T

Mizz'strawery Smile said... [Reply]

Bestnya!!! ^^ Teringin nak jejak korea

dear anies said... [Reply]

nnt review psl hostel ni ya

· 티카 런던 · said... [Reply]

I had fun reading your travel post. Looking forward for the next one.

Hafiza AizZawa said... [Reply]

makanan kat Msia pun mahal, inikan pulak korea.. hehe

Nina Mads said... [Reply]

tak mustahil makanan sana mahal.. ada yg sedap ada yg tak org ckp.

ejulz said... [Reply]

wahhhhh.. syoknyer g korea..

ejulz follow sini.. harap sudi follow blog http://ejulz.blogspot.com jugak ;)