aidilfitri tanpa family


kenapa tak balik raya: banyak sebabnya,tapi penghalang paling utama sebab nak habiskan appointment braces 

semua ni takkan tejadi jugak kalau mak tak approve,,dalam bulan 2 hari tu lagi dah bagitahu dekat mak awal awal,"boleh ke tak nak balik raya ?" alhamdulillah mak kasi,,
kang kalau mak tak kasi,jadi anak derhaka pulak T.T
tak terasa sedih sangat pun sebab kami be5 housemate,semua tak balik malaysia
so tak la guling sorang sorang dalam rumah ni, 

malam raya :
ada lah rindu sikit tu,,teringat kebiasaan malam raya dekat malaysia,dah balik kampung,,
nenek masak sedap2,,mak cik2 duk bersihkan rumah,,pasang langsir,,
nak hilangkan perasaan duk teringat tu,,kitapun busy kan lah diri
bersihkan bilikk yang macam sarang sebab baru je habis final exam
bersihkan ruang tamu,,mop lantai,,sambil pasang lagu raya,,

pagi raya :
teamgigikuat
untuk pengetahuan,,solat raya dekat mesir ni pukul 5 pagi ye,,
kemungkinan untuk telajak tido tu sangat la besar  90%
malaysia pun subuh 5.45 pagi,,ni egypt solat raya 5 pagi ,,aigoo
mungkin jugak solat raya nya awal,sebab subuh pun dekat sini 3 pagi,,
team hijoo

juadah kami pagi raya ,,lodeh dengan nasi impit,,
dalam pukul 10 tu,,dah pegi makan2 dekat rumah tempat kami selalu bekumpul
budak laki kelas yang mana tak balik malaysia tu,rajin betul buat masak2 untuk kami satu kelas yang tak balik,.*thumbsup *

that baju kurung,,memang baju raya tahun ni,baju raya yang beli dengan mak,masa tu nak beli baju dinner batch,lepas tu bila bagitahu informal dekat mak maybe tak balik raya,terus mak suruh pilih lagi satu baju kurung raya untuk tahun ni,,*teharu*

petang raya :


tak de benda nak buat dah kan,raya dekat mesir sangat la hambar,sebab orang mesir memang tak sambut pun raya raya ni,
kiteorang ke masjid al badawi untuk sesi begambor,takde lah teperap duk rumah,karang homesick pulak
sebelum keluar tu sempat la videocall dengan family,

malam raya 1
open house medic mesir,,

raya ke2 :
open house kawan

raya ke 3:


kami yang buat open house,untuk budak2 kelas yang tak balik
dah bosan makan nasi impit,lodeh,rumah kiteorang buat menu nasi tomato,lari sikit lah dari menu raya 

kesimpulannya,raya dekat ejib ni,kiteorang merasa beraya tu sampai raya ke 3 je ,hahaha
lepas tu raya ke 4 sampai ke penghujung syawal ni,,macam biasa lah balik
bukan macam malaysia yang sebulan syawal tu,sebulan la tiap2 hujung minggu ada open house,

then ,kalau pegi open house pun kau akan jumpa muka muka sama ,cuma dirumah yg belainan,sebab muka muka ni jela pun yang tak balik raya 

14 komen:

Farah said... [Reply]

Takpelah. Pengalaman. Dapat merasa beraya di perantauan :)

Siti Yang Menaip said... [Reply]

pengalaman beraya di tempat orang.. tak semua orang merasa tu hehe..

Mellya Musa said... [Reply]

bestnya ada pengalaman macam tu :D hehe
salam kenal mellyacrayola.blogspot.my

Nurulatika Yunus said... [Reply]

Bestnya kat Mesir.. apapun 1 pengalaman juga. Kalau sy lagilah suka kat perantauan cuma xda rezeki lgi hehe

mamapp said... [Reply]

Tetap meriah walaupun bulan beraya Di malaysia

nini said... [Reply]

Masa saya belajar dulu pun pernah tak.balik raya...kenangan yang cukup indah bagi saya untuk dikenang =)

Mazni Munawar said... [Reply]

walaupun beraya tanpa family tapi still meriah beraya dgn kawan2 di perantauan. tak smua org dpt pengalaman beraya perantauan camni. jujur kata, saya sebenarnya teringin nk beraya kat perantauan, nak rasa feel dia tu camne haha xD

E'in said... [Reply]

walaupun tak dapat raya dengan family, tapi bleh tahan meriah jugak sambut raya dengan kawan-kawan kat sane.. :)

Noor Maizan said... [Reply]

Mai belum pernah rasa lagi beraya diperantauan macam ni...Mahal pengalaman ni...

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

hehe xpe.. beraya di negara org.. lgpun ada geng..

Husna Rahman said... [Reply]

take it as pengalaman...bila lagi nak ada pengalaman macam ni kan..

Siti Nurzafirah said... [Reply]

ada lampu lip lap2.. rasa lah jugak macam kat Malaysia kan.. anyway nexxt year dah raya kat Malaysia kan :)

dear anies said... [Reply]

seronok tu beraya di tmpt org sbb bkn semua org ada pengalaman mcm tu...

Hanis Amanina said... [Reply]

baru perasan tiap2 syawal saya balik raya Malaysia. -__-' haha

tapi ada few times raya haji kat perantauan... dapat pulak masa hari kelas, berjemaah la kita pakai baju raya masuk kelas.

hanisamanina.com