winter break 2017,paris

london -paris : by bus ( flixbus)  harga : 25 euro

preparation berhati2 sebelum betolak ke paris ;
paris sememangnya famous dengan kes seluk,kecurian,,so ramai kawan2 dah warning awal supaya beringat,,maka kami pun,,letak beg duit,barang2 beharga semua dalam bagasi,
beg sandang pulak letak mangga dekat zip,
cuak dia lain,,sebab dah selalu dengar kes macam2 dekat paris,,so level bejaga jaga pun lain macam,,

sampai paris pukul 6 pagi,,dekat bus station porte maillot :
kami amik underground tube untuk ke hostel,,mujur orang tak ramai lagi time tu sebab masih pagi,
masa dekat stesen tube ,berulang kali announcement supaya jaga belonging,jaga jaga dengan pick pocket,,
paling geram dengan stesen tube paris ni,,semua tangga,,mana escalator! gigih jugak la angkat bagasi ni naik turun tangga,,

sampai hostel,kami simpan beg dekat storage,sebab check in pukul 3.
tunggu hujan reda sikit,,kami keluar jalan,,tapi hujan macam tak reda2,,so redah jela

kami beli one day pass,,untuk 2 region,,tak cover disneyland pun,sebab kami tak plan pun nak ke sana,dalam 7 euro tak silap one day pass ni
naik tube pergi champ elysees,,champ elysees ni satu jalan yang panjang,,deretan kedai2 bejenama,,
dekat sini ada arc de triomphe(gerbang kemenangan)
sapa yang tengok 99 cahaya langit eropah,tahu la ,kalau kita naik bangunan ni dapat tengok view,
mengikut cerita tu,dari sini jalan lurus yang menghadap ke kaabah
tapi nakk naik kena bayar,,dan takda lift,,daki tangga,so kami tak naik pun,,

terus ke musee du louvre,untuk pengetahuan setiap bulan minggu pertama hari ahad,entry masuk percuma,kebetulan kami datang hari ahad,tapi line beratur tersangat la panjang,,keliling musee de luvre tu,makan masa nak beratur,kalau ikotkan memang nak masukk,nak tengok kerudungnya bonda maria tertulis  LA ILAAHA ILLALLAH,,* tepengaruh dengan cerita 99 cahaya langit eropah lagi haha *

dari situ,,kami terus ke bangunan tugu,,patung napoleon
mengikut cerita 99 cahaya langit eropah jugak,,tugu ni sengaja dibina menghadap ke timur ,lurus ke timur melewati batas perancis,sampai ke mekkah,menghadap kaabah

last stop eiffel tower..untuk ambil gambar cantik2 dekat sini,banyak sangat angle korang boleh stop
dekat bridge boleh,,dekat trocadero boleh,,dekat bawah,dekat park,sekeliling eiffel tu,.ambik la gambar banyak mana korang nak,.
kami tak naik pun,,nak jimat kan,nama pun student,trip duit cukup2 makan,..heheh

lepas tu terus balik area hostel,kebetulan area hostel tu sebenarnya tempat orang jual2 souvenier,,murah sikit la daripada souvenier area eiffel ,,

hostel vintage ,book direct dekat web hostel,60 hari before ke sana,dapat discount
bilik untuk 4 orang,,sorang 17 euro,,untuk 1 malam
dekat dengan metro station,,area2 montmatre

apa yang aku boleh katakan,bila sampai paris,,benda first aku tertanya,,apebende orang gelar ni kota cinta tak faham mana yang cintanyaa ,,? dan takdelah macam kagum wah sangat bila nampak eiffel tower tu,,dan rata rata bila aku tanya kawan aku,semua cakap paris tak semenarik yang di hebah2 kan,melainkan korang pergi disneyland,if not,cukup la paris pegi sekali je,tak terasa pun nak pegi lagi sekali..

pada mata aku paris ni,,bandar yang ada sejarah islam dia sendiri,,bila aku tengok 99 cahaya langit eropah,itu yang mendorong aku untuk kesini,bukan kerana menara karat eiffel 
bak kata marion "paris itu tidak hanya eiffel,,aku menemukan iman ku disiini "

apa pun ni pendapat aku,,lain orang lain pendapat,,so peace :)
maybe ada waktu free nanti,,aku akan tulis pasal 99 cahaya langit eropah punya filem,yang banyak pengaruh aku untuk travel ke satu satu tempat :)

13 komen:

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

best tgk.

bc psl 99 tu, rasa nak tgk hak cerita tu. boleh gitu? hehehe. terpengaruh dah ni

dear anies said... [Reply]

oooo pengaruh filem laa ni yek hehehe apa2 pun paris mmg best cuma org nyer je yg x berapa nk best hahahaha

Siqah Hussin said... [Reply]

Amira.. mana nak tengok filem 99 Langit Eropah tu? Siqah tak pernah dengar pulak filem tu. macam menarik untuk ditonton :)

Rata-rata yang pernah pergi Paris semua cakap Paris biasa je, takdelah kota romantik pun. Siqah berkenan jugak nak tengok Eiffel Tower nanye :D

Btw, buku Gantung 2, Amura boleh beli dalam versi ebook. Itupun kalau Amira suka baca ebooks jugak. Ada orang suka versi buku jugak. Hee.

Kalau nak beli ebook, siqah bagi link kat bawah. Ada cerita psal ebooks buku fixi :)

http://www.siqahiqa.com/2017/07/cara-beli-online-buku-fixi-dan-novel.html?m=1#more

Aimi Syafiqah said... [Reply]

Bestnya jalan jalan di negara orang :)

amira faqihah said... [Reply]

@Siqah Hussin boleh tengok dkt utube :) thanks pasal ebook tu nanti mira tengok

amira faqihah said... [Reply]

@nuyui a.k.a miss YUI tengok la cerita tu nuyui :D

Mazni Munawar said... [Reply]

saya tak penah tengok lagi 99 langit cahaya eropah tu. kat mana nak tengok eh?

teringin nk masuk musee du louvre tu, dlm tu kan ada lukisan monalisa? hehe.

Farah said... [Reply]

Saya sampai sekarang belum teringin lagi nak ke Paris. Mungkin belum jumpa penyebab yang kuat kot :D

Tapi, seronok je baca pasal pengalaman orang lain dekat Paris ni.

Liza Izara Fazriel Fahmi said... [Reply]

sungguh teringin sangat akak nak pi negara orang, bertuah adik dpat p sana. jaga diri ya :) semoga sukses selalu

Hanis Amanina said... [Reply]

Wahhh, happy baca post ni, sambil terkenang memori ke Paris dulu... Paris antara tempat terawal jugak saya travel sebagai pelajar.. sama macam awak, masih tertanya apa yang kota cinta nya T_T sebab rasa kalau nak aura romantik, Czech lagi best hahaha

masa pergi dulu, cerita 99 cahaya tu tak keluar lagi... bila tengok cerita tu rasa macam ya Allah, nampak sangat dulu berjalan sekadar berjalan. bila dah berumur sikit baru pandai menghayati kenangan dan cipta pengalaman travel tu. bukan sekadar check in tempat tu tapi apa yang kita belajar dari perjalanan tu.

hanisamanina.com

Nabila Syifa said... [Reply]

Syoklah winter main salji

anamizu said... [Reply]

hai faqihah. wahhhhh seronoknya baca korang2 dpt merasa travel. tp tu la bila travel ni mcm2 org boleh jumpa kan hehehe. nanti sharing lagi. kesian kak ana ni tak merasa lg nak p travel hehehe


salam kenal,
Blog Anamizu :)

Beeha Azman said... [Reply]

Akak study dekat uni mana? Do reply it in my chatbox. hehe https://beehaazman19.blogspot.com