jom bercuti ke Pulau Langkawi

Benda 1st lintas dalam kepala bila fikir pasal langkawi,,ofcourse banyak chocolate murah ! kalau dah dalam kepala asyik fikir makanan  je :D


Pulau langkawi merupakan destinasi yang sangat famous,,sebab itulah pulau ini dinobatkan sebagai salah satu pulau yang tercantik di Malaysia.Pulau langkawi kaya dengan sejarah merangkumi seribu lagenda dan misteri daripada cerita burung garuda,pahlawan gagah perkasa,puteri kayangan,,
Selain itu,pulau ini mempunyai ratusan gua yang dihiasi dengan ukiran semula jadi stalagmit dan stalaktit, pantai berpasir putih yang halus dan disimbah cahaya mentari sepanjang tahun menjanjikan ketenangan yang lengkap sebagai destinasi percutian idaman.

Air laut yang jernih mengelilingi kepulauan ini memberikan peluang untuk pelancong menjalankan aktiviti rekreasi air serta keindahan penerokaan hidupan marin.

Kalau dah namanya destinasi perlancongan,haruslah lengkap dengan pelbagai kemudahan awam,lokasi perlancongan dan pusat beli belah,,Dah sampai sini,mesti lah bermalam dekat sini,,rugi kalau datang langkawi tapi tak merasa menginap  di tepi pantai,,dapat pulak bilik yang betul2 menghadap pantai,,nikmatnya,tenang,hilang masalah dalam kepala :D

Salah satu resort menarik di langkawi ialah BEST STAR RESORT,yang terletak di sepanjang Pantai Cenang,,kalau nak pergi pantai tu jalan kaki 3 minit je dah sampai.malah,,15 minit je dari airport langkawi.BEST STAR RESORT berjarak 30 minit pemanduan dari Pekan Kuah.Resort ni menawarkan free wifi,bilik pun lengkap dengan aircond,bilik air yang selesa,ada tv..dan hot shower.Dalam resort pun ada restoran,,kalau malas nak makan luar,makan je dalam resort,,juga disediakan tempat parking untuk yang menginap dekat resort ni so tak perlulah cari parking jauh jauh dari resort.

Bilik-bilik berhawa dingin ini menyediakan kemudahan membuat teh dan kopi. Bar mini dan peralatan mandian juga disediakan. Bilik tertentu menawarkan pemandangan laut.Hotel ini mempunyai meja tempahan lawatan yang boleh membantu mengatur aktiviti bersiar-siar. Kemudahan lain yang disediakan termasuk kedai mudah beli dan bilik-bilik mesyuarat. Resort ini boleh menempatkan seramai 200 orang dalam satu masa

Resort ni jugak ada meja kaunter kalau nak buat tempahan lawatan ,kira dia boleh tolong kita untuk aturkan destinasi2 yang kita nak pergi sepanjang di langkawi.tak payah pening2 kepala..

Dari resort ini,Tetamu boleh naik ke puncak Gunung Mat Cincang dari Pusat Kereta Kabel Langkawi yang terletak sejauh 3.3 km.Kalau bawak anak2 kecik, boleh la pergi underwater world langkawi,langkawi wildlife park dan bird paradise,,boleh melawat sambil belajar,,berilmiah gituu


Yang paling mira teringin,,naik langkawi sky bridge tuu,,walaupun gayat,tapi atleast jambatan tu konkrit batu,,bukan bertali kayu macam jambatan dekat north ireland hari tu >< haha


Banyak benda kita boleh buat bila duduk dekat dengan pantai ni,paling ekstrem,parasailing lah,benda yang paling menarik untuk di try,sekali seumur pun jadilah! dapat tengok view cantik dan boleh acah acah macam burung terbang dekat atas tu,haha :D,Kalau pandai cari agen yg best ,,harga pun boleh tawar menawar,,dapat la yang murah untuk try parasailing ni,,dalam hidup ni kena sesekali buat benda yang yang kita takut,,untuk overcome our fear ;)

kalau tak minat benda ekstrem,,boleh je jalan jalan tepi pantai,berkelah dengan keluarga tepi pantai,,sesekali mandi pantaii,bukan selalu boleh dapat jumpa pantai,.Yang bestnya lagi ,,boleh tengok sunset dan sunrise bila menginap tepi pantai ni..boleh tengok dari bilikk je kalau menginap tepi pantai,,nak lagi feel jalan kaki 3 minit je dah sampai pantai.. duduk atas pasir,,menikmati permandangan,,tenangnya lahaii :)


Bila dah menulis panjang2 ni,memang bangkit lah mood rasa nak pergi langkawi esok jugak! haha tapi malangnya sekarang tengah dekat luar malaysia..So sapa yang ada dekat malaysia tu,,yang tengah cuti,,atau akan bercuti lama ,,jom cari Langkawi Hotel near beach dengan segera! Banyak je resort2 harga berpatutan dekat langkawi ni, Mak2 lagi lah suka datang langkawi ni,boleh shopping pinggan mangkuk periuk2 dekat langkawi ni ayah2 pulak suka borong minyak gamat,, ;D yang kita pulak boleh shopping chocolate satu bagasi tu,! haha dah macam stok setahun,,

memang perfect place la langkawi ni,,boleh tengok scenery,,boleh buat aktiviti ekstrem,boleh shopping,boleh tenangkan fikiran,*macam macam boleh *
jadi jomlah datang sini luangkan masa bersama keluarga tersayangg ! :)

sumber gambar : google image

5 komen:

munirah mansor said... [Reply]

Sekarang kat langkawi ada banyak tourist attraction. Saya pun kena pergi lain untuk tidak melepaskan peluang.

Adam said... [Reply]

Menarik

Mazni Munawar said... [Reply]

dulu baru naik 2 kali je langkawi skybridge tu, tu pun masa zaman skola rendah dulu. sekarang taktaulah apa perubahan baru kat situ haha

Nabila Syifa said... [Reply]

wah..London

Siqah Hussin said... [Reply]

Nak sangat naik Langkawi Sky Bridge 😍