dari belfast ke kota london

BFS AIRPORT

flight ke london gatwick airport pukul 12 tengahari ..dari belfast intenational airport (BFS)
airport belfast sunyi sangattt,,tak busy langsung! korang nak check in 30 minit sebelum flight depart pun boleh,,ada tu tengok dekat board sampai 15 minit sebelum flight depart pun kaunter check in still dibukak,so kiranya tak strict pun lah kot?
kita orang amik bas dekat bus europa station belfast ke belfast airport..harga 7.50 pound
naik flight  ryan air,! first time naik,,okay la,tak de masalah apa, smooth je

sampai london pukul 2 tengahari macam tu,,kami rehat dulu dekat airport,
sambil tu melilau la dekat london gatwick airport ni,,mencari mesin nak beli card oyster,,
tapi takde,,tak tau la mira yang tak pandai cari atau memang tak ada

sebab pernah baca dekat blog sapa tah,katanya baik beli oyster card dekat london,,daripada beli dekat airport,,so mira pun dah mencari tak jumpa,maka sampai london nanti kena mencari lah mesin,,
dari aiport gatwick kami naik national express ke victoria coach station,
tiket kami beli online,,sebab takut harga beli onthespot lagi mahal dari online,
dalam 8 pound tak silap ,,

jauh sebenarnya dari airport ke london city,,dalam 2 jam lebih macam tu,,
sampai victoria coach station pun dah malam,,
dari stesen bas victoria tu kena jalan kaki pergi victoria train station
ikot je anak panah tak pun ikot je orang lain,sebab boleh nampakkan orang bawak luggage mesti nak pergi station train punya lah,*insyaAllah lah ..

sampai je station underground victoria,,nampak mesin beli oyster tuu
kami amik,,yang 15 pound tu,,tapi bayar 20 pound sebab deposit 5 pound
kalau tak reti nak tekan mesin,tanye je penjaga mesin kad tu,,diorang boleh tolong
one way underground tube ni dalam 2.90/2,60 pound bergantung pada line yang korang naik
kalau naik between same line,,murah sikit la caj dia
dan kalau korang dah touch ..tapi tiba2 tak jadi pun nak naik tube tu,,bila touch untuk keluar,,dia caj jugakk,,berapa sen pound ntah ..
-GBR GOOGLE-

dan oyster card ni dia ada daily cap,, sehari dia akan caj 6.50 pound je,if naik lebih harga tu sehari,lepas tu dia takkan caj dah kad tu,,so agak rugi kalau start guna card ni malam,sebab malam korang mungkin naik tube 1x je,,kalau start guna card ni dari pagi,,15 pound tu dah sangat cukup untuk dua hari,,

silalah guna apps city mappers untuk memudahkan perjalanan naik tube,,
maka sehari kami,,burn dekat sini jela,,naik flight,,dan naik bas..naik tube..
tak berjalan pun hari tu,,

3 komen:

Zizie Zack said... [Reply]

bestnya mira jalan2..

Noor Maizan said... [Reply]

Syoknyaa jalan-jalan tempat orang...

Hanis Amanina said... [Reply]

bila ada cap tu, rasa senang sikit guna oyster.. sebab kadang2 tersalah naik tube lol. T_T

hanisamanina.com