teruskan menyokong ibu ibu yang breastfeed !



Oktober merupakan bulan breast cancer awareness,,dan buat pengetahuan semua,salah satu cara pencegahan atau untuk mengurangkan risiko breast cancer ialah breastfeeding..

seperti yang tertulis dalam quran ,surah al baqarah :ayat 233
"dan ibu ibu hendaklah menyusui anak anaknya selama 2 tahun penuh,bagi yang ingin menyusui secara sempurna"


antara kelebihan breastfeeding buat bayi..

1)immunisasi..

antara anti infective yang terkandung dalam susu ibu ialah IgA,IgM,IgG.,
IgA,yang terkandung dalam susu ibu membantu melawan bakteria dengan menghasilkan lapisan protektif dalam usus dan hidung bayi.
yang di mana kesemua  membantu bayi untuk melawan bakteria

ia juga membantu mengurangkan insiden penyakit berjangkit seperti sakit telinga,radang paru paru ,cirit birit..
so kiranya bayi yang breastfeeding ni sistem imunisasinya lebih kuat..

2) pencegahan allergi dan asma

igA, yang terkandung dalam susu ibu bantu menghalang allergy reaction kepada makanan dengan membuat lapisan protection dekat usus,tanpa lapisan ni ,inflammation /radang boleh berlaku dan menyebabkan macam "leak"/bocor pada lapisan perlindungan,,maka bacteria senang attack..

3) kecerdasan intelek

mira pernah dengar,,orang cakap,bayi yang menyusu susu ibu lebih bijak berbanding bayi yang minum susu formula ini sebab nya sejenis lemak dan kolestrol dalam susu ibu yang membantu pertumbuhan tisu saraf..

4)nutrisi
susu ibu mengandungi banyak sangat zat2,vitamin yang diperlukan oleh bayi dalam 6 bulan selepas kelahiran,
susu ibu juga mengandungi concentration lactose yang sangat tinggi,yang merupakan sumber terbaik carbohydrate untuk bayi.

protein yang mudah dicerna berbanding protein susu lembu
bayi yang menyusu dengan susu ibu juga mempunyai sisa buang yang kurang berbau dan lebih lembut sebabnya kandungan bacteria yang berbeza dalam sistem pencernaan berbanding bayi yang minum susu formula.

bayi yang baru lahir,saiz perutnya roughly hanya sebesar biji cherry,,nutrient rich colostrum dalam susu ibu is just the right amount untuk first feeding ..

__________________________________________
kelebihan untuk ibu pula :

1) jimat,,
tak perlu habiskan duit untuk beli susu formula di kedai,jadi sumber kewangan tu boleh la untuk beli barang baby yang lain pampers ke etc,,jimat dah satu part.

2)mengurangkan risiko breast cancer/ovary cancer
oxytocin yang dirangsang semasa breastfeeding membantu mengecutkan rahim ibu yang mengembang semasa mengandung dengan lebih cepat,,jadi ia mengurangkan risiko terkena kanser ovari..

3) mengurangkan berat badan
kan masa mengandung,ibu ibu biasanya akan gain weight ..
sekurang kurang 10 pounds yang ibu gain masa mengandung tu ialah lemak yang tersimpan untuk membantu ibu breastfeeding..
lebih kurang 300-500 kalori akan terbakar dalam sehari jika ibu breastfeeding,,
so bila ibu tu breastfeeding  anak dia,slow slow dia kan kurangkan berat badan dia,,

4) mengurangkan stress dan depress.
ibu akan merasa tenang semasa breastfeeding..kerana hormone oxytocin dirembeskan ..kajian menunjukkan hormone oxytocin ni dapat memberi sense of relaxation,,

5)merancang keluarga
jika seseorang ibu menyusukan anak nya selama 6 bulan penuh,ni dapat menunda kedatangan haid,so jika dalam tempoh ni suami isteri bersama,,kehamilan tu insyaAllah dapat dielakkan.,

lagipun dalam islam sebenarnya tak menghalang untuk merancang jarak antara kehamilan.sebaiknya 2tahun lepas kelahiran anak sebelumnya,supaya anak yang telah lahir tu dapat cukup menyusu selama 2 tahun penuh
tambah,,anak yang berusia 2 tahun tu sudah boleh berdikari,mula berperanan selaku abang/kakak


---------------------------------------------
maaf jika ada yang tak faham sesetengah medical terms yang mira tuliss,,
percayalah ,susu ibu yang Tuhan jadikan tu,tak sia sia,,ada kebaikan dan faedahnya yang terlalu banyak,

buat ibu ibu yang tengah menyusu badan anak anak,,semoga terus kuat dan semangat untuk menyusukan anak,,we support you! dan para suami pun kena la mainkan peranan,bagi sokongan,,dan memahami isteri yang tengah breastfeed ni,,dan kita pulak sebagai orang sekeliling ,support la orang terdekat kita yang tengah breastfeed.jangan la "downkan" mereka,,

untuk info yang lebih banyakk boleh la baca dekat sini -->www.infosihat.gov.my


terima kasih :D

18 komen:

Farah said... [Reply]

Sekarang ni memang asyik terbaca pasal breastfeeding je, which is good sebab dapat tambah ilmu :)

Ana Fatihah said... [Reply]

Ibu sihat, anak pun sihat. In shaa Allah. :D

Zizie Zack said... [Reply]

nice info mira :) ada sesetengah ibu, susu mereka sikit.. so, baby terpaksa minum susu formula..

Athirah Diyana said... [Reply]

kalau sy dah kawen dan diberi rezeki ada anak, insyaALLAH sy usaha utk bf anak sampai 2 tahun :)

Khai♥Rin : anies said... [Reply]

terima kasih berkongsi....walaupun sy belum punyai anak ;-)

Amy Jung said... [Reply]

hi sis ☺
please support me
smartiesmoo.blogspot.kr

amira faqihah said... [Reply]

@farah : hehe sbb skrg tengah kempen bf :)

amira faqihah said... [Reply]

@zizi ; thanks zizie :)

amira faqihah said... [Reply]

@athirah : insyaAllah amiin,,itu yg diharapkan oleh semua ibu dan bakal ibu :)

amira faqihah said... [Reply]

@khairin : terima kasih :)

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

tq utk entry bguna ni..

fadh leyanie said... [Reply]

Walaupun sy belum menjadi ibu lagi, info2 ini amat brguna utk masa depan.

amira faqihah said... [Reply]

@nuyui @fadh : terima kasih juga sbb sudi baca:)

Anizz Annisa said... [Reply]

nice sharing... :)

amira faqihah said... [Reply]

@anizz : terima kasih :)

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

sggh jumaat..

sitifiza said... [Reply]

terima kasih info yang berguna. insha allah akan breastfeed anak yang bakal lahir ni :)

Siti Yang Menaip said... [Reply]

ehehe xdak pengalaman lagi tapi yes yes.. mari kita sokong..