apa yang universiti provide

mira study dekat mesir,,terceruk sikit tempatnya,,perkampungan,,jauh daripada cairo 2jam perjalanan,,nama universiti : universiti tanta ;)

yuran dentistry yang mira bayar setahun : 8000usd ,,
dan dengan 8000usd tu,,apa yang universiti sediakan untuk kami student malaysia ni?

muka first year,,aynyoyo

1)Buku free
semua buku buku subjek dental kami /atau lebih common dipanggil buku teks,,ialah percuma ,,dan yang istimewa nya hampir semua buku buku tu ditulis oleh lecturer yang mengajar univesiti kami sendiri,,so tak ada la bebelanja 100/200 ringgit untuk beli buku,


2)Makanan tengahari free,,
universiti tanta,,ada makanan tengahari free,untuk 4hari dalam seminggu,,
so makan tengahari jimat dah kat situ,,
dan makanan dia,,biasa nasi dengan ayam 1/4,,dengan kuah kentang,,
besar ayam tu sapa pernah makan nasi arab dekat kedai tahu la kot ,,memang besar :)
ni makaroni dengan kufta,gambar ayam xde pulakk dlm galeri

3)lawatan
setiap tahun pihak univesiti bawak gi lawatan dalam mesir ,,ada lah pergi zoo,pharaonic village,,dreampark,,haha bunyi macam lawatan sekolah kan?tapi alhamdulillah la jimat dah duit tak payah pergi sendiri,,even dah nak masuk tahun 4 duduk sini,,belum jelajah habis lagi satu mesir nii,,

pharaonic village/kampung firaun
taman tema /dream park
4)locker
untuk budak dentist,,banyak barang kiteorang bawak gi univesiti,,barang infection control/tampal gigi/etc2,,,so dapat laa locker yang univesiti sediakan dekat univesiti,,kalau tak da locker ni memang tak larat la nak bawak container ulang alik balik rumah
-----------------------------------------------------
dental chair hijau,,cuma tak ada divider unit macam dekat uni mesia/lain

secara jujurnya,,bagi mira yang study dentist dekat sini,,bab teknologi memang banyak la kurangnya,,kami tak guna teknologi yang mungkin semoden dekat malaysia,,tapi tak ada lah terlalu dhaif untuk kami buat kerja,,sedang sedang jela,,

tapi untuk klinik okay la dia asingkan klinik untuk student malaysia dengan student arab..kira terjaga la ,,,dental chair pun boleh tahan baru,

duit kiteorang budak dentist ni banyak habis dekat beli barang dentist,,barang2 check gigi,,barang2 tampal gigi,,picagari cucuk bius pun beli sendiri,,semua barang2 dentist beli sendiri
handpiece purple kesayangan,,dan masih berkhidmat

tapi dalam serba kekurangan,,pasti ada kelebihan,,dan dalam kekurangan ni la kita belajar syukur dan sabar,,dan fikir kalau dalam universiti yg serba kekurangan ni boleh lahirkan docter mesir/prof yang hebat,,kita pun boleh jugakk,

jangan jadikan kekurangan tu sebagai alasann :)

28 komen:

Cik Yanie said... [Reply]

waaa seronoknyaa.

Farah said... [Reply]

Banyaknya perks that you got with 8000USD. Kagum-kagum.

My school pula lebih kurang CAD 11000 satu sem (mahal gila!). Tak dapat apa-apa free. Buku pun ken beli sendiri. On average satu sem buku dekat CAD 600 (of I course saya tak beli, haha!)

Mira pelajar tahun ke berapa ya?

Lala Rahim said... [Reply]

aaaa jelesnya dengan awak ;(

Khai♥Rin : anies said... [Reply]

tanta ni cawangan al-azhar ke atau mmg asing drpd al-azhar?

mmm kalau kita kenal lbh awl ttu thn lps sy dtg melawat mira kat sana (last year sy ada trip ke mesir 2 mggu) ;-)

Melissa Muklis said... [Reply]

bestnyaa study di mesir.. jelessss lahh.

Ana Fatihah said... [Reply]

Wow! Seronoknyaa. Mesir, tempat yg dari sekolah duk terimpi2 nak ke sana. Tapi, belum brpeluang lagi. One day in shaa Allah! :D

ILA shafila said... [Reply]

Best nya Mira.

Syafiqah Sharmeen said... [Reply]

seronoknya dapat belajar kat luar negara :)

Ardilla Noorezan said... [Reply]

IMU satu sem nak dekat 50k tapi tak dapat free apa apa pun except websites for research(?) haha so beruntung Mira dapat macam macam! :)

Eintan Nurfuzie said... [Reply]

walaupun peralatan x secanggih malaysia, tpi sebenanrnya ilmu basic tu yg paling penting.. kecanggihan kekadang menelan asas sesuatu ilmu

Farrah MF said... [Reply]

Moga Mira terus selesa belajar dan tinggal di sana. Moga dapat tamatkan pengajian dengan cemerlang :)

amira faqihah said... [Reply]

@cikyanie : aah seronok :)

amira faqihah said... [Reply]

@farah : tu la bersyukur sgt dpt mcm mcm,,skrg tahun second last insyaAllah :)

amira faqihah said... [Reply]

@lala : alolo jgn jeles,,nikmat kita dpt beza beza :)

amira faqihah said... [Reply]

@khairin : tanta lain drpd azhar :)

amira faqihah said... [Reply]

@melissa : huhu study mana mana pun best jugakk :D

amira faqihah said... [Reply]

@Ana : insyaAllah :)

amira faqihah said... [Reply]

@ila @syafiqah : alhamdulillah best :)

amira faqihah said... [Reply]

@ardilla : wow baru tahun korg satu sem 50k,,tulah bersykur kt sini yuran murah dan dpt acomodation tambhan :)

amira faqihah said... [Reply]

@farrah : thanks farrah :)

Amanina Mads said... [Reply]

bestnya student di sana dpt makan free pula tu.. all the best dentist to be :)

fadh leyanie said... [Reply]

bab makanan tu bunyinya sedapp..bagus jugak kalau Malaysia pn buat gitu..:D

Nabila Syifa said... [Reply]

wah..semoga jadi dentist yg terkemuka dan berjaya :)

Media Sensasi said... [Reply]

Untungla study kat mesir..mohon bawak ole ole ye

Zizie Zack said... [Reply]

dalam erti kata lain, berbaloi walaupun yuran dia wallaa kemain mahal! apa-apa pun, good luck mirah!! nnt tolong tampalkan gigi saya.. hehehe

Siti Yang Menaip said... [Reply]

eheh first time akak jejak sini.. best nya adik manish study luar negara.. ada kawan 1 sek study mesir buat dentistry juga tp da balik.. kerja da skrang. tapi rasanya uni dia kat town..

makan free ehehe suka suka..

akak jalan2 sini blogwalking and follow sini.
http://sitiyangmenaip.blogspot.my/ jemput singgah..

acu yuhan said... [Reply]

besynye

Mime MF said... [Reply]

seronok tgk..baguslah..dpt lunch..lg best dpt pergi lawatan..memang terbaik!☺