October is dental hygiene month


october jugak merupakan national dental hygine month !
atau bahasa mudah,bulan menjaga kebersihan gigi,
segan aih nak cakap pasal tajuk ni,sebab walaupun mira dental student,belum bermakna mulut mira zero caries/caries resistant people ...
tapi menyampaikan yang mana perlu disampaikan je :)

1) berus gigi dua kali sehari..
dulu sebelum belajar dental,memang gosok gigi malam2 tu ada la skip skip,tapi sekarang alhamdulillah constant sebelum tidor gosok,,
orang kata,kita gosok gigi pagi2 untuk orang lain,sebab segan la if orang tengok gigi x bergosok,
tapi if kita gosok gigi malam2,sebab kita sayangkan gigi kita,,

tido malam2 tanpa gosok gigi dengan sisa makanan dalam gigi,memang besar la potensi untuk dapat gigi berlubang,,gigi berkuman etc,,

2) floss
floss ni banyak je jual kat kedai,cuma kat mesia,kita kurang didedahkan dengan amalan floss ni,
kalau kat europe ,floss ni memang femes dah sama wajib dengan gosok gigi,,
floss ni untuk elakkan gigi berkuman/caries dekat permukaan gigi yang celah2 tu,
if lalukan floss dekat celah gigi,then floss tu terkoyak,berkemungkinan korang ada caries/kuman dekat celah gigi tuu,

3)mouthwash
mira dulu x amalkan pakai mouthwash,tp sejak lepas bedah gigi bongsu,mula amalkan,,
tapi jangan selalu sangat,sehari 1x/2x je,sebab ada sesetengah mouthwash yang akan menguningkan gigi,
contoh mouthwash tu listerine/colgate,etc

4) scalling,,
kalau rasa ada plaque dalam gigi atau pun taik gigi yang dah keras tu,jumpalah dentist,sebab plaque yang dah mengeras tu,,yang tak dibersihkan,,akan menyebabkan penyakit gusi setahun sekali la paling minimun jumpa dentist untuk bersihkan gigi :)

5)kurang kan air gas!
biasa air gas macam coke/pepsi yang jenis gas dia kuat sikit tu,,mampu dissolve enamel gigi dan membuatkan lapisan gigi jadi nipiss,

teeth dont die a natural death,you kill them! ,,pasai apa?pasai kita yang tak jaga gigi elok elokkk..
___________________________________________

kalau ada masalah gigi apa apa tu,jumpalah dentist,jangan takot jumpa dentist! hehe walaupun mira sendiri kdg2 cuak jugak jumpa dentist,,tapi nak tak nak,if rasa sakit ke apa,sebelum sakit tu jadi parah,,pergi klinik,,
sebab kadang2 kita tengok gigi kita berkuman macam kecik setitik je,tapi sebenarnya bila korek caries/kuman tu,,,cavity dalam gigi dah dalam dah,,tu sangat la bahayaaa...

sepanjang mira umur 21 ni,,alhamdulillah la belum ada bad memory dengan dentist,paling bad pun masa cabut gigi bongsu,akar tertinggal haha,tapi okay la takde la sampai rasa serik jumpa dentist,,

korang?ada bad memory dengan dentist ? 


22 komen:

Ardilla Noorezan said... [Reply]

Malas floss wuaaaa then everytime jumpa dentist kena marah tsktsk :'( gigi Dylla ada sakit tapi tak nak jumpa dentist sbb takut punya pasal so nak tunggu kawan kawan habis belajar hahaha

anamizu said... [Reply]

saye takot doktor gigi kikiki

amira faqihah said... [Reply]

haha garangnya dentist dylaa,nanti mira dah graduate boleh la buat dgn mira hiks :D @ARDILLA

amira faqihah said... [Reply]

@anamizu, kenapa takot dentistt? T.T

lynndAmya said... [Reply]

Salam, hahaha info sharing yg bagus ni, tp betullah...amalan floss tu mcm kurang di-exposedkan lah..sy pun xtau pe guna floss tu, haha..dh bace ni boleh lah try guna lepas ni..hehe

amira faqihah said... [Reply]

@lynn ; boleh la slow slow start guna, :D

Farah said... [Reply]

Sebelum ni rajin guna mouthwash. Tapi, rasa mouthwash tak best terus stop guna dah. haha.

amira faqihah said... [Reply]

haha kan sbb ada mouthwash yg rasa pedas sikit tu,sakit sikit yg tu @farah

Siti Aisya Ibrahim said... [Reply]

bagus maklumat yang mira share ni...akk pon suke skip gosok gigi malam2...pasni xmoh dah skip arr... hihihihi comel gambar :D floss jer akk xbuat lg, sebab gigi mcm rapat2 sgt, floss xlepas nk masuk sgt.... ehh boleh ke camtuh?! hiihihihh :D

Amanina Mads said... [Reply]

dulu takot doc gigi jd cabut gigi kt umah jelah skrg setiap bln jmpa sbb nk bersihkan gigi. hehee

Farrah MF said... [Reply]

Baru akak tahu mouth wash tu kalau terlebih pakai leh kuningkan gigi.

amira faqihah said... [Reply]

@siti ,haha biasanya floss tu flexible je nak masuk celah gigi even rapat,try la nanti ;D

amira faqihah said... [Reply]

@amanina wah rajinnya jumpa setiap bulan,,thumbs up :D

amira faqihah said... [Reply]

@FARRAH : aah,,Tp xsemua mouthwash,ada certain :)

Athirah Diyana said... [Reply]

dah lama nak try floss tp xtahu penggunaan yg betul. scaling mmg setahun sekali pegi buat kt dentist. memula 6 bln sekali lama2 setahun sekali je

BudakVanilla said... [Reply]

yup mesti rajin gosok gigi. :D
kena tahan diri dari minum air bergas pasnie T^T
thanksss for a really nice info sis :D

amira faqihah said... [Reply]

@athirah : floss tu mudah je cara gunanya :) scalling setahun sekali pun kira okay :)

amira faqihah said... [Reply]

@budakvanilla : haha klau dah ngidam boleh je minum,tp jgn banyak banyak! :)

♥Fatin Annis♥ said... [Reply]

Selalunya malam malam mesti akan terskip berus gigi .. T^T sadiss sungguh.. berjimba baktera dekat gigi fatin.. hukhuk.. erm, floss ?? sampai sekarang rasa seriau je nak floss gigi ! huhuhu .. >.<

Zizie Zack said... [Reply]

part floss tu... takut ler.. sebab mcm saya, ada masalah ngn gusi.. hukhuk

amira faqihah said... [Reply]

@fatin : haha semoga lps baca ni xskip dah la ;D

amira faqihah said... [Reply]

@ZIZIE : eh kenapa dgn gusi zizi? cepat luka ke?