summer break,shiga,jepun part 3

hari ni,dhiya,(kawan integomb) datang daripada malaysia,
so pagi pagi asiah dah gi kix amik dhiya,
mira duk rumah,,rehat dulu pagi ni,,
housemate asiah keluar jalan,,so mira sorang dekat rumah,,
mula mula agak takot,dengan sliding door rumah asiah x betutup,
tapi alhamdulillah xde apa,kes jenayah kat sini amat jarang..

lepas makan,,ikot asiah pergi univesiti dia,
naik bas ke univ,ritsumeikan,sebab asiah nak beli tshirt uni dia untuk bawak balik mesia.
dan mira cuma amik button je untuk buat kenangan.

lepas tu pergi AEON,aeon asal dari jepun,
pergi sebab nak jejak daiso je,daiso jepun harga 100yen,maknanya rm3,
kalau daiso malaysia kan 5.30.barang ada yang lebih kurang mesia,ada yang lain,

lepas tu balik stesen minami kusatsu,amik zaf,zaf pun kawan integomb,
cuma dia stay dekat tokyo,datang kansai sebab nak bejalan,
__________________________________________


malam nya,makan kat rumah je,asiah dah siap bancuh okonomiyaki punya bancuhan 
dengan masak nasi goreng,
okonomiyaki tu macam murtabak,tapi main dia ialah kobis dan tepung dan ada lah letak inti sikit.

tak banyak sangat berjalan hari ni,sebab dhiya kan baru sampai,mesti penat 
__________________________________________

people we met:
masa tunggu bas nak ke aeon,ada datang sorang permpuan jepun ni
dia borak dengan asiah la,sebab mira mana faham jepun,
at the end of conversation tu,dia tunjuk satu video dalam bahasa indon kat kami,
hoo baru lah faham,rupanya dia tengah berdakwah kristian kat kiteorang,dan video yang dia tunjuk tu video gereja kristian yang indon punya.

budaya jepun :
kitar semula tu memang wajib dekat sini,even di rumah,
dorang dah siap bagi plastik untuk kita asingkan sampah,
wajib ikot,dan tempat public pun kena buang sampah ikot categori,
sampaikan mira if nak buang sampah plastik,tapi xde tong sampah plastik,memang simpan jela dulu sampah tu dalam beg sampai jumpa tong.

belanjawan :
bas ke ritsumeikan :220 yen
badge : 103yen
daiso : 540 yen
bas mk to aeon : 230 yen

*ketika travel kurangkan tido,kalau kau nak pergi jauh semata mata untuk tido,lebih baik kau duduk di rumah *-buku goji bundy

0 komen: