summer break,osaka,jepun part 4

hari ni pergi Universal studio jepun,
tiket mira dah beli sesiap dekat jtb klcc,
silalah datang awal kalau datang time summer,sebab kitaorang sampai pukul 8 pun orang dah beratuq panjang nau,

ni first time mira pergi universal studio,yang singapore punya pun belum pernah pergi.
datang time summer ni ramai sangat orang sebab jepun tengah cuti sekolah waktu ni,,
dalam pukul 9 baru kiteorang dapat masuk,,
masa masuk tu depa tak check beg pun,,,maybe sebab ramai orang,,
kalau tau dia x check beg,kami dah bawak makanan banyak2,

Harry potter :
first sekali,lepas dapat masuk,pergi la ke harry potter punya kaunter ,untuk amik time entry ticket.
sebabnya,ramai gila orang,so nak elak sesak,dia guna sistem time entry,
kiteorang amik yang 9.40 pagi punya..
pukul 9.40 tu kami masuk,,masuk masuk je dah nampak keretapi hogwarts,,orang jual butter beer,
butter beer dia boleh minum sebab non alcohol.

olivander,tempat jual wand harry potter tu,
ada show sikit dalam tu,,
sekejab je dalam ni,
kalau sapa nak beli wand bolehlah,tapi pricey tu jangan cakaplah,

 flight of the hippogrif,
waiting time 1 hour,memang gigih la beratuq panas panas gini,
ridenya kejab ja,
dan sesiapa yang bertudung,dia suruh pakai klip,sebab penah ada kes,tudung sapa ntah tercabut.
ni 2nd time dalam hidup naik roller coaster lepas yang first dekat mesir,
dan mira memang penakot,dan gayat T.T

castle walk.
masuk castle tengok2 pameran je,
ada la frame yang cakap cakap tu,
barang barang harry potter.
tapi gelap sikit la dalam ni,

Back to the future :

Tempat ni dia suruh duduk atas kereta,,then dia goyang goyang kereta tu,depan kita ada la screen 3d,
rasa macam terbang terbang semua,tak la extreme sangat,tapi effect 3d dia tu untuk orang penakot macam mira,rasa macam dasyat la jugak T,T

Backdraft :

tempat tengok show,ni movie dan dia tunjuk disebalik pembikinan filem ni,
masa masuk tu,ada la keluar percikan api,tong minyak terbakar,memang panas la dalam tu,sebab api kot,tangga runtuh la bagai,
tempat mira berdiri atas tu tong minyak,last sekali at the end tong atas kepala tu jatuh,

woody wood packer show

kami masuk sebab panas gila dah duk luar,nak aircon,
show dia boleh tahan la,even sebenarnya untuk budak kecik,haha
dan untuk pengetahun semua ride kat usj bahasa jepun.
so buat buat faham jelaaaa..

terminator show
yang ni best jugak,3d punya show,penuh kot dewan tu masa show ni,

HOLLYWOOD
sesame street
__________________________________________________
lepas tu mira dah penat dah,,penat dah adrenaline rush,
>.<,,penat nak rasa bedebor,,
mira x join asiah zaf dhiya masuk space fantasy,dengan spiderman,
padahal dua dua tu yang memang hot stuff punya ride,
tapi mira xrasa nyesal pun,sebab dah memang pengecut,sobs

sepanjang dorang naik ride,mira bejalan sorang.
pusing satu usj,sebab tu memang niat mira nak habiskan pusing,
sebab ni first dan last mira gi universal studio,haha,

new wonderland

tapi bagi mira yang bukan peminat ride ni,mira enjoy ja masuk sini,
sebab show dia best best dan scenery dia sangat cantikkk,
tak menyesal pun bayar mahal even  naik 2 je ride,

kami balik malamnya..sepanjang kat usj,kami cuma beli air,dan makan roti yang dibawa,
balik rumah asiah,housemate dia dah masak,
alhamdulillah jimat ..:)


______________________________________

tempat solat :
kiteorang solat kat tepi jalan ada satu sudut macam lorong,
lapik dengan cardigan ja,
takde orang halau pun ,alhamdulillah.

tiket usj : rm 220
video
from mk to kyoto

0 komen: