summer break,osaka,jepun part 2

-stesen minami kusatsu-

Pagi tu betolak balik rumah asiah dari airport kansai ke kyoto naik bas 
sampai kyoto naik train ke minami kusatsu,(stesen rumah asiah) 
sampai stesen,amik teksi rehat,makan,,siap siap,
___________________________________

hari ni mulanya kami plan nak ke nagoya beli kain cotton,tapi last minit tukar,
pergi osaka je,sebab kat osaka pun ada kedai kain cotton jugak..
nak pergi stesen minami kusatsu(MK) tu dalam 7 minit naik basikal,
asiah pakai basikal elektrik,,canggih nau,so pergi stesen MK bonceng dengan asiah kat belakang,
kelakar sangat,pengalaman sungguh,nasib takde jatuh basikal ke apa xD

dari Mk ke kyoto naik train,,
sampai osaka,tukar naik subway ke esaka,
esaka ni la tempat jual kain cotton,
nama kedai tu otsukaya,,sama macam nama kedai dekat nagoya,jepun bukan nagoya kL

rambang mata tu tak payah cakap,tapi untuk orang noob kain macam mira,
main pilih yang mana sedap pakai,yang sejuk,dengan lembut,
harga ada yang murah,ada yang mahal,tapi rasanya if nak compare dengan malaysia,murah la jugak.
mira beli satu je,sebab ada lagi satu yang mira berkenan kain xcukup meter,sadisnya,

then pergi area namba,ada lagi satu kedai kain,tapi kat situ x best sangat bagi mira
sebenarnya syurga kain cotton dekat tokyo dengan nagoya,

tempat solat :
mira solat dekat fitting room H&M je,tips dia,amik la dalam 4/5 pasang baju h&m tu,pastu pergi fitting room,letak beg dekat area langsir tu supaya tak nampak kaki,sebab ada orang jaga kat pintu masuk fitting room tu.pengalaman pertama solat dekat fitting room
ni papan iklan glico man yang lejen dekat arean shinsaibashi,namba
___________________________________________________________

malam tu pergi makan sushi,dekat area rumah asiah,
hamazushi nama kedai tu,
basically semua plate 90 yen,ada certain yang 100yen..
oh jepun pun ada gst,8%
__________________________________________________
budaya jepun:

-naik escalator,sebelah berdiri,sebelah lagi untuk sapa yang rushing
-bila beli barang,dia yang akan kirakan duit yang kita bagi,duit baki untuk kita,so xpayah takot dapat baki terkurang atau lebih,kalau malas nak kira pun apa adahal,sebab dia kira sambil tunjuk dekat kita.

belanjawan :

return tiket bas form kix-kyoto : 4180 yen
tiket train kyoto-stesenmk : 320 yen
tiket train return mk-osaka : 1640 yen
kain cotton 4meter 1/2 : 1710 yen
tiket subway osaka-esaka return : 480 yen
subway esaka-namba :280 yen
sushi :550 yen
*dan sepanjang perjalanan,aku tenang bersama janji Tuhan,walaupun sekadar dengan satu janji kematian.-buku goji bundy*

3 komen:

miss fifi said... [Reply]

wah, love the tips abt the fitting room, inshaallah will be super useful if I ever get to step into a non-muslim country one day :)

amira faqihah said... [Reply]

@miss fifi thanks sbb bacaa :)

Nurulatika Yunus said... [Reply]

bestnyaa .. bilalah dapat pergi Japan huhu