summer break,kyoto,jepun part 5

Hari ni ke arashiyama,kyoto..
first sekali naik train daripada mk ke kyoto station..
oh hari ni first day mira start pakai kansai west jr pass mira,,yang dibeli di JTB klcc..
RM190 untuk 4 hari,boleh guna untuk naik JR lain sekitar kansai unlimited .

 sampai je kyoto,terus pergi tempat pejabat sagano romantic train tu,
xtau la kenapa nama dia romantic train,,--'
kami amik sehala je,sampai kameoka,
sepanjang perjalanan tu nampak la scenery lalu sungai,gunung,,lagi cantik time autum/sakura.

dah sampai kameoka,turun stesen train,nampak sawah bendang,
dah macam malaysia je rasa,then ada kedai kecik kat situ,,
jual soft aiskrim,,makanan jepun,otcha(green tea) free..,kaki gori(abc)
mira pun beli la aiskrim matcha ,dah orang semua duk cakap matcha kat sini sedap,,
tapi bila dah rasa..hahaha bukan tekak mira kot matcha aiskrim ni,,

dah makan,,dah minum,,cari JR station,patah balik ke tempat naik sagano train
                            _______________________________________________
dari sini,kami jalan kaki ke arashiyama bamboo,,laluan buluh yang femes dekat kyoto ni,
sepanjang laluan tu buluh jeee,
kena pandai cari spot la kalau nak gambo lawa,
dah sampai penghujung,,kiteorang straight kan perjalanan ke togetsu bridge..
cantik kawasan ni,,ada empangan,,sungai,,kalau google,pun tempat ni cun time sakura/autumm sebab pokok2 tukar warna..

____________________________________________________
kiteorang nak ke ginkakunji,tapi otw,hujan,,dan kiteorang pun terkejar untuk berhanabi malam ni,,
so cancel ginka,,kiteorang benti makan,,pergi kurazushi,,
sedap sangat sushi kat sini,mira lagi suka yang ni daripada hamazushi,
semua plate 100yen.
dan semua kedai memang sediakan air kosong free,,ada insiden memalukan,
masa mira nak gi refill,mira xtahu mana satu kaunter air kosong,
mira pergi tekan la satu kaunter air ni,tapi air xkeluar keluar,
lepas tu waiter tu tunjuk la kaunter air kosong yang sebelah tu,,
rupanya yang mira duk tekan tu,kaunter air beer >.<
patut air x keluar,lelz,,,
_____________________________________________
pukul 5,30 kiteorang dah sesiap solat asar,terus ke station untuk ke biwako hall
pukul 5.30 tu dah ramai gila orang..sesak sangat,,
hanabi macam perayaan dorang,,dekat area kansai ,cuma diadakan 3hari je dalam setahun,biasanya bulan ogos.orang jepun akan berhanabi dengan yukata,pakaian tradisional dorang,,

 kiteorang agak lost masa sampai biwako ni,ramai sangat oranggg,,
pukul 7,30 dia start,,mula mula tu warm up je bunga api dia,,
lepas tuu,,cantikkk gilaaa bunga api dia,,stop kejab kejab je,,
zaf kata kalau yang tempat buat lagi besar daripada ni,non stop bunga api dia,
rasa berbaloi la datang jepun time summer,panas panas gini, :D


-nak banyak lagi video hanabi pergi wall fb,ada mira upload :)
____________________________________________________

tempat solat :

solat zuhur dekat area arashiyama bambo ,,sebelah toilet tu,,ada kawasan sikit,,
solat dekat situ,alas dengan map..
solat asar..dekat stesen dekat dengan tempat makan sushi,,dekat tangga,,
ada la 2/3 orang jepun,,tapi redah jela,selagi tak kena halau.


people we met :

masa amik wuduk dekat toilet ,kami memang selamba jela amik wuduk,bukak tudung,
basuh kaki dekat sink,tapi xtahu hari tu,ada orang jepun ni,duk belakang kiteorang,
pegang hp,macam dok rakam/amik gamba,xtau la,mira xperasan pun,,zaf n asiah yang perasan,
so,behati hati lah ketika mengambil wuduk --'
kita mampu menilai mati sewaktu hidup,

maka mungkin kita perlu mati untuk menilai kehidupan,
-buku goji bundy

0 komen: