summer break 2015,Jepun part 1

-peneman sepanjang flight-

Memang dah rancang nak ke jepun dari tahun lepas,tapi masih samar2,,
dan kemudiannya dalam bulan 4 tahun ni asiah bagi confirmation,,
maka,hujung bulan,mira book tiket flight,air asia,
tak pasti la masa book tiket ni dalam keadaan sedar atau hanya ikot perasaan,
tapi dah book dah pun! so jom start planning,

tiket flight include food,baggage,seat,insurans : RM1200
*amik makanan sebab takot lapaar 6 jam kot!,
*seat tu amik time balik je sebab balik dgn asiah,
*baggage 20 tu perlu!
*insurans ,mula mula x amik pun ,tapi lepas baca blog orang lain kalau flight delay or beg hilang boleh claim dengan air asia.

agak mahal,,,sebab tu la time bulan 5 dan bulan 6 sepanjang duk mesir mira berjimat T.T
 demi trip summer ni,,


-makanan atas flight-
__________________________________________________


3/8/2015

hari yang dinanti,,hehe,thank u mak ayah abang ,semua amik cuti sebab nak hantar iolls ke klia2,teharu nauu,macam nak balik mesir dah gaya,,
ni first time jejak klia2,dan first time naik flight sorang,,nasib mak bagi jugak naik flight sorang,,

atas flight,mula mula duk sebelah pakcik cina,then banyak sangat seat kosong,,pramugari offer sapa sapa nak penuh kan seat depan,so pakcik tu pergi seat depan,,maka kiri dan kanan mira kosong !
heaven nau,boleh buat katil sebab duk seat yg tiga tengah tu,hehe i conquer tiga tiga,

sepanjang flight tak tido sangat pun,,baca buku,dengar lagu,,banyak berfikir,,
hanya Tuhan dan aku sahaja yang tahu apa reason sebenar aku ke jepun,,

*pada diri aku ini tersimpan deretan kenangan*
______________________________________________________________


bila dah sampai KIX,airport kansai,
masa sampai tu takde masalah,dia xtanya banyak,tak check beg pun,
tunggu asiah datang then naik tingkat 3 ,ada surau okay kat airport ni :)
malam tu kami tido airport sebab bus dan train dah berhenti operasi pukul 11 malam tu,,

people we met :
ada 2 orang gadis indonesia masuk surau,,dorang ni datang jepun untuk camping scout,
tak pernah tahu pun scout seaktif ni,sorang daripada mereka ni study malaysia,kat msu.


2 komen:

Anonymous said... [Reply]

is it too late now to ask;
qiha, ape reason sebenar qiha dtg jepung..? bhehehe

*kantoi stalk blog kan hehehe

amira faqihah said... [Reply]

@Anonymous ahha sbb nak jumpa asiah laa! haha then sbb nak tenang kan jiwa dan perasaan ahaha