winter break 2015,Copenhagen part 1

solat depan mcd beralas mafla    

kami sampai copenhagen pagi,,pukul 6 macam tu,
subuh dah masuk,kami sampai stesen tu,first serbu toilet,
nak gosok gigi amik wuduk semua,
sampai depan toilet,rasa nak naik anginn,mahainya toilet,,5sek,
dah tu kami xde duit danish krona,pakai la kad debit,
kad debit = untuk masuk toilet,lawak lahaiii,,T.T

kami solat depan mcdonald,alaskan mafla
nasib xde kena halau,dan mcd pun x bukak.so xde orang sangat,,

keluar daripada stesen ketapi tu,,kami get lost dulu dekat copenhagen,,
macam jakun sat,festime macam betul betul pegi xplan betul2,
main redah je,so kami pun redah jela jalan 

people we saw ;

rakyat copen ni sangat suka berbasikal,xkira muda,tua,student mak mak
dorang ada laluan untuk berbasikal yang boleh tahan la lebar nya sebelah dengan laluan kereta,
basikal yang ada carry untuk baby pun banyak.

kiteorang nak gi nyhavn,tengok signboard pastu sesat.
masuk 7e,tanya pekerja dia,,
bagus la cara dorang layan foreigner,ramah mesra 

nyhave ni xde yang significant,
cuma tempat nya jela yang lawa..




the david museum

masa malam semalam google,kami ingat museum ni pasal nabi Daud.
sebab ada jugak sejarah islam dalam museum ni
so kami pun pegi la
nasib baik free entry ni,,
bila once masukk,,ada sorang aunty ni,,matsaleh la,dia offer untuk jadi pencerita pasal museum tu kat kami,,

kami ikot dia naik tingkat yang pasal sejarah islam,
dia boleh cerita daripada A-Z sejarah islam,sejarah Nabi Muhammad,
eventhough dia bukan islam,rasa segan nya dengan aunty ni,,
dia lebih tau daripada kami,,


bila dah habis round gallery ni,,kiteorang nak solat 
kami pun mintak kat pekerja ni,,ada x ruang kecik untuk kami solat..
lepas tuuu dia call kawan dia,dia cakap ada ruang bilik,tapi kecik la dia cakap,
dia siap mintak maaf awal awal kalau bilik tu x selesa,
tapi bila kiteorang naikk,,bilik kecik tu sebenarnya lebih daripada selesa untuk kami solat,


people we meet :

 pegi makan,,kat kedai kebab jela yang yakin halal
masa makan tu ada sekumpulan orang dewasa muka macam cina,,
makan sebelah kami..

org dewasa : where are u come from
kami : malaysia,,and u?
org dewasa : we are from vietnam,,on travelling..how old are u,,u all look so small
kami : twenty ,,yes we know we all look young haha
org dewasa : u all travelling alone? without parent?and ur parent give permission?
kami : yes,they know we came here.

dorang macam tekejut sangat..ingat kiteorang ni budak budak lari rumah mungkin haha

lepas tu nak dekat malam,,nak cari hostel
memang serabut sikit waktu,hostel banyak dah penuh kebetulan copen ada fashion show week,so hostel fully book,,kami dah penat sangat jalan malam, tu,sejuk macam nak beku..last decide nak tido stesen ketapi je..
tapi malangnya stesen ketapi tutup jugak lepas pukul 3
nak xnak kena cari hostel

people we met 

kami dah sesat sangat dah ,pusing pusing baca peta,eh kat tempat sama lagi.
banyak la kami tanya,
pekerja teksi,akak keja bar,akak keja restaurant..
paling lawak masa jalan sampai pegang peta,
sekumpulan laki mat saleh ni nampak kami macam lost sangat kot,pegang peta,,
dorang pun tegur kami,,bagi tunjuk jalan kami ..

people unwanted we met :
ada sorang pempuan ni dia mabuk,tapi dia nak tolong kiteorang,xkan kami nak lari,nampak sangat takotnya tu,tapi mabuk dia dah sederhana severe kot,tanpa terniat salah sorang daripada kami terbuat muka kot,orang mabuk ni macam marah kat kami,tapi still nak tolong,,
mira bukan apa,takot dia muntah mabuk kat kami ja,><


lepas penat check peta,,ada la hostel kami jumpa,
tapi kami nakal sikit la,kami ada 8 orang sepatutnya bilik tu untuk 4 orang je.
mira dengan fekza + syaza gi dulu hostel ni ..book,
then lepas kami dah lepas masuk,baru suruh lagi 5 orang naik,
nasib xkena tahan dengan receptionist.
1 malam sorang bayar 45 ringgit.
view daripada hostel

*xtau kat tempat lain macam mana,tapi copenhagen kalau sewa hostel kena bawak cadar,kaalu xde cadar kena sewa 50sek .nasib mira macam ada bawak selimut dalam beg,acah acah la tu cadar

malam tu macam leganya,dapat jugak hostel,setelah dekat 2/3 bekesejukan 1celcius kat luar tu,,
jalan cari hostel lalu jalan yang xde keta sangat lalu,
nasib Allah lindung,,kalau nak ikotkan bahaya ni kat mana mana pun bahaya,

0 komen: