winter break 2014,Turki,part 5

hari ke 4..
kami di istanbul semula

pagi tu,,merasa kekononnyalah macam backpackers,
sebab aktiviti bebas pagi tu,,
berbekalkan 2 peta dalam beg,,mira ajak nad dengan pija pergii..
BASILICA CISTERN..
even sebenarnya tak berapa nak reti baca peta,,

akhirnya jumpa,,tempatnya dari luar kecik je,,
sebab kawasannya bawah Tanah,,
harga tiket ; 10 lira

tempat ni merupakan satu terusan ataupun sumber bekalan air pada zaman dedulu,,
dalam ni,,ada 2 tiang yang menarik perhatian orang ramai,,
tiang yang dipacak atas kepala MEDUSA,
ada 2 medusa,,satu kepala mengiring,,satu lagi kepala terbalik..



siapa medusa?
medusa ni seorang perempuan rambut cantik,,tapi disihir tukarkan rambutnya menjadi ular,
dulu orang percaya kalau tengok mata medusa ni,,boleh bertukar jadi batu,,

----
Hippodrome,(hippo ; kuda..drome ; laluan)
tempatnya sebelah masjid biru,,dekat sangat dengan hotel mira,,
tapi tulah,,kami buta peta,,
jalan punya jalan,,ape lah susah sangat nak jumpa tempat ni --'

tempat ni juga dikenali sebagai sultan ahmed square,
dekat tempat ni,,ada 3 mercu tanda

1- egyptian obelisak..(obelisk of theodosius)
yang pertama dibina,,bahan binaan daripada egypt,,

2-serpentine column
ular belit2,,tapi kepala ular ni kat muzium,,tak tahu kenapa

3-walled obelisk
dibina untuk tandingi egyptian obelisk.

----
dolmabahce palace

istana yang dibina pada nak dekat dekat kejatuhan kerajaan TURKI,,
sebab,,sultan sudah mula ada penyakit wahn (cintakan dunia) nak hidup mewah,,nak tiru barat,,
kos yang digunakan untuk buat istana ni terlalu tinggi,
sebab tulah harga masuk istana ni pun mahal,,kalau convert duit malaysia mencecah RM90

---
makam barbarosa

makam di terletak dekat dengan perlabuhan feri,,di barat istanbul
memorial telah dibina disebelah makan beliau..

siapa barbarosa?
dikenali sebagai panglima heyreddin barbarossa pasha
beliau merupakan seorang tokoh pelaut yang sangat ditakuti zaman dulu
sultan Sulaiman 1 telah melantik barbarossa menjadi panglima tentera laut pada zaman khilafah islamiyyah untuk memantapkan tentera laut

mengikut kata tour guide kami,,
barbarossa jugak ada hantar rombongan untuk membantu tanah melayu sewaktu perang dulu
tapi kapal tu tak sempat sampai kerana diserang.

kisah barbarosa dikaitkan dengan sejarah islam yang digelapkan,,
sebab nya orang barat biasanya buat karya fiksen,,
guna nama barbarosa untuk gambarkan watak jahat,,


0 komen: