winter break 2014,Turki,part 3

hari 2,,
pagi2 lagi kiteorang dah naik bas,,bertolak ke bursa..
bus memang sangat bes,,,ada meja,,ada wifi ,,ada heater,
alhamdulillah,,,

perjalanan ke uludag,, bursa macam gi genting,,
naik bukit ,,jalan bengkang bengkok,,memang mabuk jadinya @,@
jadi bagi sape yang cepat pening,,better bawak asam / minyak angin

***
perlabuhan istanbul..

nak ke bursa,,kene guna feri,,
so bas tu naik atas ferii.macam kat pulau pinang..
sepanjang perjalanan,,subhanALLAH burung memang banyakk.
seolah dah di upah untuk ikot pejalanan kami,,:)

*** 
bursa..
pernah jadi ibu negara Turki pada zaman islam uthmaniyyah
bandar ke 4 tebesar di turki,

first tempat kiteorang pergi kat bursa ialah ULUDAG ,
ni kawasan pergunungan,,tempat orang main ski dan naik cabel car,,,
tapi muka ni nak main ski,,memang tak reti lahh ><
end up dengan main salji je lebih,,lulzz,,




***
ulu camii,bursa

masjid singgah untuk solat magrib,,
subhanaALLAH bila masuk rasa sangat seronok dan tenang...
masjid yang lain daripada lain yang ada kat istanbul..
sungguh,,mira memang jatuh cinta habis dengan ulu camii
berbeza dengan blue mosque yang telalu ramai pelancong,,
ulu camii ramai yang memakmurkan masjid..
siap ada air panjut dalam masjid.
mira ingat untuk perhiasan,,rupa nya untuk amik wudhu bagi lelaki,,
siap sediakan kain lap,,

kat luar pun ada tempat amik wuduk jugak,,
terompah pun disediakan,,
memang superb la cara dorang uruskan masjid ni :))'

tulisan khat dalam masjid ni pun sangat cantikk :)



***
sumber gambar ; google

silk bazaar & uzun carsii (bazaar panjang )

malang sekali kiteorang sampai tempat ni malam,,
so kedai banyak dah tutup ada la sikit yang masih bukak.
kedai kedai kat turki memang tutup awal,dalam pukul 8 dah tutup.
kat bursa,,memang terkenal dengan silk,,
so kat sini memang syurga shopping untuk perempuan yang nak beli tudung/pashmina

harga kat sini pun boleh tahan murah :)
even tak pakai silk pun,,rasa nak beli,,bagi kat orang,,
sebab kain dia memang lawa ! :)

***
sumber gambar; google
tarian maulana /tarian sufi..

last sekali malam tu,,dibawa ke sebuah markas tarian sufi,,
ataupun di gelar tarian WHIRLING DERVISH
tarian ni diasaskan oleh maulana jalaluddin ar rumi,,

tarian ni dorang pusing2 lawan arah jam,,
simbolik alam semesta berputar ikot garisan orbit,
unik tarian ni,,kita yang tengok pun jadi khusyuk,,
pusing2 sambil berzikir,,

kalau orang asing datang,,rakam video tarian ni,
tapi orang turki,,dorang rakam suara zikir tu,,
sedap zikir tu :)

**
mira dapat rasa bursa dan istanbul berbeza,,
kat bursa lagi senang jumpa orang islam yang mengamalkan islam,
dan orang kat bursa baik dan peramah :)

winter break 2014,turki,part 1
winter break 2014,turki,part 2

2 komen:

Mek Onie said... [Reply]

mira kat oversea?homaiiiiii....lama gila tak dengar cerita mira...

twinkle twinkle said... [Reply]

hehe kat mesir mek oniee :)