fatrah imtihan dan aku


selamat tahun baru 2014
semoga 365 muka surat kita dipenuhi dengan warna
dan sesuatu yang diredhai Tuhan

silapnya kita manusia..
nak tunggu tahun baru,,baru nak berazam,baru nak berhijrah,baru nak berubah
ke aku je yang macam ni?haha mungkin aku je *
sedangkan hari hari kita sepatutnya berubah menjadi yang lebih yang baik

ikot quote yg selalu dengar.
jadikan hari esok lebih baik daripada semalam,

-------
31/12/13---21/1/14
bermula fatrah imtihan midsem aku.

cakap pasal imtihan.
sesak nafas dibuatnya
mengenangkan subjek tahun ni
agak tough bagi aku,
terutama sekali physio patho.

tapi ni lah seorang amira faqihah,
memang sentiasa relek2,,dah nak exam baru pulunnn

------------------------
selalunya fatrah imtihan ni lahh,
ujian datang dalam hidup,
kita kene pandai jaga hubungan dengan housemate /kawan
jangan sibuk sangat study sampai kita sakitkan hati mereka

selalu msj/call/whatsapp parent
macam aku sendiri,
setiap kali beforee paper whatsapp mak suruh doakan.
yela doa ibukan berkat :)

yang last,,rapat dengan TUHAN..
aku yakin time imtihan ramai bangun malam ,tahajud,
mintak supaya dipermudahkan
bende ni bagus sangat3,,sebab kita meminta pada Tuhan
yang tak bagusnya bila habis imtihan,,semua ni tah kemana.
*headshot diri sendiri

tapi ada orang kata,"atleast aku buat ,daripada tak buat"
hmm betul jugak tu,,tapi apa yang pasti
aku xnak jadi macam dalam ayat surah al haj :11

Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan, dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cubaan dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan di akhirat dan itulah kerugian yang nyata”

manusia yang bila dapat nikmat,dah dapat result molek hebat
lupakan Tuhan dan dah x rapat dengan Allah



semoga kita dijauhkan daripada jadi golongan macam ni :)

semoga kita jadi golongan sami'na wa ato'na 
doakan aku utk imtihan(exam) ni :))


1 komen:

ummu nourah said... [Reply]

good luck! jawab exam elok2 ye.. hehe