red velvet cake

mak offer untuk beli cake secret recipe
tapi aku tolak,,sebab aku nak baking,
nak teruskan jugak hajat baking
so ye,
alhamdulillah,,ni first time,buat kek hari jadi sendiri
ahaha ;)

ni second try,,
first try minggu lepas cake ni tak menjadi,tak naik pun
so yang second try ni alhamdulillah jadi
mungkin sebab time birthday kot,so die naik elok je ^^

and ni jugak first pengalaman beat non dairy whipping cream
petua dia masukkan bekas dan pemukul tu dalam peti sejuk dulu 
masa nak pukul whipping cream tu dia senang kembang 
kalau bekas dan pemukul tu sejuk :)
dan whipping tu jugak kene dalam keadaan sejuk bukan suhu bilik

non dairy whipping cream tak de jual kat supermarket
dia hanya boleh dijumpai kat kedai bakery
pilih yang halal lah
mira guna jenama Vivo,yang ni kurang manis
kalau nak manis,jenama RICH'S

kalau yang dairy whipping cream
kat supermarket senang je dapat :)


0 komen: