no bake oreo cheese kek


whipping cream lebihan buat red velvet banyak lagi
so  mak suruh habiskan sebelum gi sambung belajar,

ni dia,kek oreo cheese
first time buat,
tak perlu bakar,sejukkan dalam peti je :)

resipi dia,

base kek;

1) oreo 2 paket ; buang cream,hancurkan guna lesung atau blender
2) mentega 60g ; cairkan guna double boil method

kemudian gaul oreo dengan mentega ,mampatkan kan dalam dulang
then,sejukkan dalam peti kat bahagian beku .

isi nya ;

1) cream cheese 270g
2) whipping cream 160ml +satu sudu perahan lemon
3) mentega 70g
4) susu pekat manis 2 sudu besar
5) gelatin satu sudu setengah
6) air panas untuk larutkan gelatin
7) gula castor 60g
8) satu sudu oreo hancur

cara dia ;

1) putar whiping cream sampai soft peak/ kental/ bila tebalikkan bekas dia tak jatuh,ketepikan

2) larutkan gelatin guna air panas mendidih dalam 3/4 sudu air panas,atau kalau ada microwave lagi senang

3)putar cream cheese,lepas tu letak gula,mentega,susu pekat manis

4) letak gelatin dan whip cream,putar sampai sebati

5) masukkan oreo hancur

6) tuang adunan dalam loyang tadi,sejukkan semalaman

*loyang kalau boleh guna loyang loose base supaya senang keluarkan kek
kalau tak ada,,macam mira letak kertas minyak,lesetkan mentega sikit :)

1 komen:

MissButterfly said... [Reply]

Waaa, nampak sedappppppp :D