first attempt kek tiramisu simple

duduk rumah cuti lama kan,3 bulan lebih
dah tu,,tak keje pulak,
memang bosan la gayanya

so sekarang ada habit,suka search resipi kek mudah
rasa macam passion untuk baking tu menjadi jadi pulak
so ni lah first try buat kek tiramisu simple yang amat,

Bahan;
1- biskut ladyfinger 
2-air panas (untuk bancuh nescafe)
3-1 paket kecil nescafe 
4-cream cheese 250g ( saya guna jenama tatura) 
5-dairy whipping cream 250ml (saya guna jenama emborg)
6- setengah cawan gula castor
7- 1 sudu kecil vanilla esen

Cara ;

1) Bancuh air nescafe,ketepikan

2) Pukul cream cheese sampai kembang,,lepas tu masukkan whipping cream

3) Masukkan gula castor pulak,,lepas tu masukkan vanilla esen

4) Pukul sampai sebati,,mula mula pukul slow2 je,lepas tu baru laju ,,kalau tak nanti terpecik
 dan jangan over beat whipping cream,,sebab whipping cream kalau over beat nanti die jadi cair balik,

5) Guna sudu,basahkan biskut ladyfinger tu dengan nescafe tadi,jangan celup,sebab biskut ladyfinger ni akan jadi lembik sangat.
lepas dah basahkan,susun dalam bekas,

6) lepas susun biskut ladyfinger,kemudian letak cheese yang dah pukul atas biskut tu,ulang step ni sampai penuh bekas tu,,selang selikan biskut dengan cheese yang dah pukul tu
,dah siap susun ,,atas sekali nanti tabur la milo

7) kemudian sejukkan dalam peti sejukk dalam 5-6 jam

ni rupe kek yang mira buat,haha sory gambar kek nya dah tinggal half.
--------------------------------------------------
kisahnya,,masa beli barang buat tiramisu tu,,duk cari cream cheese
kemudian ada sorang makcik ni tegur

makcik ; nak buat kek ke dik?
aku ; angguk* a'ah
makcik ; gunalah cream cheese tatura ni,,sedap halal pulak tu

so aku pun amik jela tatura tu,haha nasib sedap :)thank u makcik

3 komen:

E'in said... [Reply]

akak nak rase gak... huhu

Zaf98 said... [Reply]

wahhh! nampak sedappp~ b0leh bukak kedai kek la pasni~ (:

asiah maryam said... [Reply]

nak cubaaa!! hehee