hari first masuk klinik

*entry ni banyak term dentistry :)



alhamdulillah,diberi kesempatan oleh dentist untuk belajar dan melihat dia buat kerja
daripada pukul 10-3 petang,patients  tak hentii --'
hari ni,dapat 15 patients

kita go through one by one

1) retainer (mak cik)
retainer ni,kes sama macam mira,nak betulkan kedudukan gigi,tapi tak buat braces
retainer ni,macam wayar tu je,
(retainer)

2) cabut gigi untuk buat braces (remaja perempuan)
cabut maxillary first pre molar,dan mandibular second pre molar
yang bestnya,once gigi max.first pre molar ni cabut,
eh root die satu,tak macam belajar dalam teori
then dokter tu ,jarang la biasanya gigi max,premolar ni 1 root,biasa 2 root

3) tampal gigi (laki)
yang ni dia tampal gigi posterior,second molar,
dalam sangat dia punya lubangg,
so dokter ni tampal guna yang warna hitam,biasa kalau x dalam,
dokter tampal guna warna putih ja

second ,tampal gigi depan,canine,
berlubang kat part crown yang dekat2 dengan root
area cervical line

4)rawatan root canal (remaja perempuan)
yang ni,paling kesian,siksa sangat tengoknya
dokter dah amik x ray gigi dia

injection,then buat lubang kat posterior part gigi
then,amik endodontic files
jolok2 dalam lubang yang dibuat tu
untuk bersihkan nanah/kekotoran dalam pulp

lepas dah bersihkan,amik macam 1 bende ni,
tak tahu la apa namanya,
masukkan permanent dalam lubang tu
lastly,buat tampaalan.

serius,kesian kat patient,nak nanges dah dia,
mira yang tengok ni pun,ngeri

5)scalling gigi (cuci gigi) ( perempuan)
scalling ni biasa je,cuci2 kekotoran
dan letak sikit serbuk putih dan pink
mira xtahu la ape bende serbuk ni
x sempat nak tanya dokter

patient ni ada masalah dengan gigi bongsu dia
tapi dokter x leh nak cabut on the spot
sebab yang ni kene bedah sikit

6)rawatan root canal gigi incisor dan bridge (perempuan)
rawatan root canal ni biasanya sebab pesakit tu rasa sakit
ngilu sampai ke hidung,denyut2
so macam tadi,tapi yang bestnya,bila dokter tu masukkan endodontic files
bila keluarkan balik,nampak la sisa nanah tuu
weee,,0,0

bridge tu,dia amik acuan je dulu

7) cabut gigi bongsuu (wisdom teeth)  (laki)
gigi bongsu laki ni,dikategorikan boleh la dicabut tanpa operation
so cabut laaa sebab patient dah rasa sakit sangat
nak cabut gigi bongsu ni,sebab dia molar kan
molar memang susah nak cabut,
kekuatan yang diperlukan pun tinggi
susah jugak tengok dokter tu cabut
bila dah cabut tu,rasa macam lega sangat
___________________________
sampai sini jela
banyak sangat pun,bukan ada yang nak baca --'
banyak kes tampal sepanjang hari ni
maaf kalau ada maklumat yang salah
mira masih baru,,baru habis pre dental -_-'

dokter pun ada ajar mira
cara buat acuan untuk letak dalam impression material,
lepas tu dia terus keras sendiri.
dan ajar classification of fillings
tak tahu la ni silibus tahun berapa punya
haha,

jadi sampai sini je
siapa yang baca sampai habis ni
memang mira tabik la :D
pesanan terakhir
jagalah gigi,:D




5 komen:

nanad said... [Reply]

serram pulak baca entry ni :( kalau sampai bernanah tu sebab dari gigi berlubang ke? *curious hehe

E'in said... [Reply]

doktor tolong check gigi saya... :D

twinkle twinkle said... [Reply]

nanad ; er yg tu xpasti pulak,rasanya x :)

twinkle twinkle said... [Reply]

kak ein; huhu tunggu la bila sy dah graduate,insyaAllah :)

Nekmo said... [Reply]

baru lepas cabut gigi bongsu ni mira.. :( sakit gila! masa mula-mula sorang doktor perempuan. dah bius pun tarik, still tak bleh. Lastly, masuk tempat urgent punya.. amek.. 4 orang doktor buat... =__= siap doktor cina tu kata 'gila' dalam bahasa cina ah.. hahaha...gila gigih depa mencabut. kak abie pun penat gak. bukan depa saja penat mencabut.

sakit tau... ni pun tak boleh makan lagi.. :(