mereka siapa?

pernah tak satu kita ketika,,
kita rasa lelah sangat untuk puaskan hati manusia?
telah bermacam yang kita lakukan,,
namun,,kita x bertemu penghujung dan kepuasannya

mencuba dan terus mencuba,,
hingga kita jadi putus asa,,
lalu berduka,,dan bermuram durja?

kita sebagai manusia
memang takkan sentiasa mampu memuaskan hati manusia lain

kenapa kita mengerah hati dan tenaga untuk memuaskan hati manusia
yang tak pernah puas??
padahal yang sepatutnya kita lakukan,,
memuaskan hati Allah,,sang Pencipta kita,,

-------------------------------------------------------------
kadang kadang,,kita takut untuk melakukan sesuatu,,
kerana takutkan kata kata dan pendapat daripada manusia
siapa manusia untuk judge kita?
siapa mereka?pengadil kah?

sesungguhnya,hanya ALLAH pengadil yang hakiki,,
manusia tidak sama sekali,,

mira teringat talk dr muhaya
dia ade mengatakan,,semasa beliau dalam pengajian
ramai orang memandang serong terhadap dia
kerana study terlalu kuat,,tapi beliau tak amik endah kata2 itu
dan lihat sekarang?
betapa hebatnya dr muhaya,,
-----------------------------------------------------------
kita memang takkan mampu hidup dibawah pengadilan manusia
sebab kita tahu,,manusia memang jarang sekali adil

manusia seringkali menjadi pengadil buat orang lain
tapi manusia seringkali menjadi peguam bela buat dirinya sendiri..
mungkin,,tak salah untuk menilai manusia
tapi nilailah manusia menurut dunianya
bukan menurut dunia kita,,
husnu dzon instead of su'u dzon

mira tidak menyalahkan manusia,,
kerana mira juga manusia,,*tunduk*
bertenanglah wahai diri,,

-kita sering mengharapkan bahagia,,tapi ternyata ia bukan dari manusia-

2 komen:

Izz Hazwani said... [Reply]

Orang selalu malas husnuzon. Katanya susah. Tapi kalau rajin, benda dari susah boleh jadi senang.


Kalau tak mampu bersangka yang baik, mulut patutnya diamkan aje. Ini, mengajak orang lain mengumpat, bercakap yang buruk sama-sama...

twinkle twinkle said... [Reply]

BETUL,,tp kita manusia,,sering kali tlupe pasal ni :)